Wednesday, 17 February 2021

KESAN AMALAN KEPERCAYAAN ANIMISME TERHDAP AKIDAH DAN KESIMPULAN ANIMISME (KHALID IKHWAN , MYRE DHANIA & AIN ATHIRAH)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Seperti orang buta”, itulah keadaan orang yang terpesong akidahnya. Dia tidak mengetahui hikmah ,rahsia dan tujuan dia dijadikan. Allah S.W.T menyerupakan  mereka ini seperti haiwan.

“Dan orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”.

Surah Muhammad:12)

Oleh sebab kejatuhan akidah,ia akan memberi kesan kepada ketidaksempurnaan segala amalnya. Segala dosa dan amalan terkutuk akan terbongkar. Ketika itu Allah S.W.T akan menurunkan azab-Nya Menurut Abdullah Yassin 2012, seseorang yang terpesong akidahnya, keadaannya seperti orang buta. Dia tidak tahu tujuan dia dijadikan Dia tidak mengetahui hikmah atau rahsia di sebalik kewujudannya di bumi ini. Allah S.W.T menyamakan  mereka ini seperti binatang..

 

TERJERUMUS KEPADA PERKARA SYIRIK

Maksud syirik ialah mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa dari Allah S.W.T. Syirik merupakan perkara yang terkutuk dan keji yang paling dibenci oleh Allah S.W.T. Allah berfirman yang bermaksud “bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepada-Nya dan akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain daripada dosa syirik .Barang siapa yang memepersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.Perbuatan ini akan menimbulkan kemurkaan Allah seterusnya ditempatkan kekal di dalam neraka. Menurut Perbuatan syirik ini akan mengakibatkan kehinaan yang paling tinggi kepada manusia, akan menyuburkan lagi perkara khurafat, merupakan satu perkara kezaliman yang amat besar, menimbulkan rasa takut selain dari Allah, menyebabkan keburukan dalam kehidupan manusia dan mengakibatkan seseorang masuk ke dalam neraka. Firman Allah S.W.T

 

لَقَدۡ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمۡۖ إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ ٧٢

 

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.

KESIMPULAN ANIMISME 

Secara kesimpulannya, kepercayaan animisme ini telah lama wujud di peradaban Melayu. Kepercayaan animisme ini telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun selepas Masihi apabila pelbagai perubahan dari segi kebudayaan, adat dan agama telah mengalami transformasinya hingga ke hari ini. Sebelum kedatangan agama Islam ke peradaban Melayu yang telah merubah corak kehidupan masyarakat Melayu dengan lebih sempurna, kepercayaan animisme telah menjadi suatu pegangan dalam tamadun awal, bukan sahaja tamadun Melayu malahan tamadun awal manusia di seluruh dunia. Tambahan pula, animisme ini dapat didefinisikan menurut ahli antropologi bahawa perkataan animism berasal daripada perkataan ‘animaus’ atau ‘anima’ dalam bahasa Latin yang bermaksud jiwa, roh atau kehidupan. Dari segi istilah pula, kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Selain itu, kepercayaan dan amalan animisme ini terdapat juga masyarakat Melayu yang masih mengamalkan amalan ini. Misalnya, pengaruh kepercayaan animisme ini telah mempengaruhi perubatan tradisional yang berteraskan kepercayaan animisme. Perlaksanaannya dilakukan dengan memuji dan memuja roh dengan jampi serapah serta mentera untuk mengubati penyakit yang dihinggapi oleh manusia. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui beberapa factor membuatkan masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan animisme. Amalan pegangan agama animism ini akan memberikan kesan negatif terhadap akidah dan pemikiran masyarakat Melayu Islam.

RUJUKAN 

Share:

0 comments:

Post a Comment