Animisme ini dapat didefinisikan menurut ahli antropologi bahawa perkataan animism berasal daripada perkataan ‘animaus’ atau ‘anima’ dalam bahasa Latin yang bermaksud jiwa, roh atau kehidupan. (Edward Burnett Tylor, 1871). Manakala menurut istilah pula, animisme bermaksud merujuk kepada kepercayaan manusia purba atau primitif. (Graham Harvey, 2006). Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian. Hal ini dapat dibuktikan kerana, asas kepercayaan manusia primitif pada masa itu adalah percaya kepada roh dan makhluk halus. Kesannya, mereka yang mempercayai kepercayaan ini akan sentiasa menghormati entiti tersebut agar semangat itu tidak akan mengganggu manusia, malah akan membantu mereka menjauhkan diri mereka dari semangat dan roh jahat serta juga dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, pada menurut terminologi pula, animisme adalah kepercayaan bahawa setiap sesuatu yang wujud di muka bumi ini seperti batu, kayu, angin dan lain-lain mempunyai jiwa atau roh. (Kamus Dewan, 2005). Oleh yang demikian, golongan ini yang mempercayai animisme idikenali sebagai “animis”. (Irving Hexham, 2002).
0 comments:
Post a Comment