بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pengenalan Animisme
Pelbagai perubahan dari segi budaya,agama dan adat tradisi telah terjadi bermulanya Peradaban Melayu pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun selepas Masihi hinggalah ke hari ini. Terlahirnya suatu ketamadunan yang seiring dengan bangsa yang lain yang dapat kita nikmati dalam arus kemodenan ini . Satu budaya dan satu tradidisi masyarakat Melayu tidak akan dapat diresapi dengan pelbagai adat dan budaya luar jika perubahan tidak berlaku. Faktor agama, budaya mahupun kepercayaan mempengaruhi sedikit sebanyak resapan ini.
Kepercayaan animisme ini merupakan satu pegangan dalam tamadun awal, bukan sahaja tamadun Melayu malahan tamadun awal manusia sebelum datangnya agama Islam yang merubah corak kehidupan masyarakat Melayu dengan lebih sempurna. Satu kepercayaan berkonsepkan ‘semangat’ atau pun roh yang terkandung di atas muka bumi ini sering dikaitkan antara alam semesta di dalam kehidupan manusia ketika itu. Pada ketika itu juga , semua manusia perlu menghormati segala fenomena alam seperti hujan, angin, rimba dan juga lautan. Ianya adalah bertujuan untuk keselamatan dan ingin memohon sesuatu yang dihajatinya.
Terdapat beberapa fasa perubahan bermula dengan kepercayaan Animisme, Hindu dan Islam yang dilalui oleh kepercayaan masyarakat Melayu menurut Mohd Taib Osman (1988). Oleh yang demikian, kepercayaan masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lima bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rasul, kepercayaan kepada ayat-ayat Al-Quran, kepercayaan kepada sihir, kepercayaan kepada kuasa luar biasa, haiwan dan benda-benda yang dianggap keramat dan kepercayaan kepada semangat, penunggu dan kuasa luar biasa seperti jin, syaitan dan seangkatan dengannya. Namun, apabila hadirnya agama Islam ini dalam alam Melayu, identiti masyarakat Melayu tercorak seterusnya menyentuh adat serta budaya orang Melayu. Tertulis juga bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu bahawa agama Islam adalah agama yang dianuti oleeh orang Melayu. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak unsur animisme ini telah mempengaruhi adat kehidupan orang Melayu Islam baik dari segi kepercayaan, tingkah laku dan juga pertuturan.
Oleh itu, topik kajian ini kami akan membincangkan objektif seperti berikut:
a) Membincangkan definisi kepercayaan animisme.
b) Membincangkan kepercayaan amalan animisme yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam.
c) Membincangkan faktor masyarakat Islam yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
d) Menghuraikan kesan amalan kepercayaan animisme
0 comments:
Post a Comment