Wednesday, 17 February 2021

KEPERCAYAAN DAN AMALAN ANIMISME YANG MASIH DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM (MUHAMMAD SYAHMI)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kepercayaan animism merupakan satu kepercayaan yang salah disisi agama islam, namun terdapat juga segelintir masyarakat islam yang mengamalkan perkara perkara yang berunsur kait dengan perbuatan dan amalan animism. Animism merujuk kepada amalan animistic atau politestik yang masih diamalan sejumlah besar masyarakat islam Malaysia. Amalan ini diamal secara sengaja atau tidak sengaja seperti pantang larang, adat resam dan sebagainya. 

Selain darpada itu, kepercayaan ini juga menpengaruhi minda sesorang tentang perubatan tradisional. Ianya terjadi apabila seseorang meletakkan kepercayaan kepada seseorang bahawa orang tersebut dapat menyembuhkan penyakit dan bukan tuhan. Kepercayaan seperti ini amat jelas apabila terdapat pelbagai jenis dukun dan pawing yang dipercayai dapat menyembuhkan segala penyakit menggunakan kaedah tradisional. Selain itu, segelintir rakyat Malaysia jugak mempercayai bahawa terdapat semangat terhadap sesuatu objek atauoun peninggalan orang dahulu. Kepercayaan ini terdapat banyak dalam masyarakat yang sedang menuntut ilmu pertahanam diri atau pun ilmu lain. Kepercayaan seperti bertapa di kubur dan memuja objek peninggalan masyarakat dahulu dapat memberikan semangat baru terhadap individu yang berniat menuntut ilmu. Amalan seperti ini sering diamalkan oleh orang asli yang tidak tahu tentang agama islam dengan lebih mendalam. 

Seterusnya pantang larang. Kita dibesarkan dengan pelbagai pantang larang yang diamalkan masyarakat Malaysia. Ianya seperti pantang larang orang hamil, bersalin dan berkhatan. Pantang larang ini sekadar dijadikan batas untuk seseuatu perbuatan dan ianya disalah adaptasi oleh gologan yang mempercayai pantang larang ini sepenuhnya. Antara pantang larang yang biasa didengar ialah budak yang baru lepas berkhatan boleh terkena bentan jika keluar pada waktu megrib. Ia sebenarnya merujuk kepada arahan kepada kanak kanak yang baru berkhatan untuk tidak pulang lewat ke rumah. 

Akhir sekali, tangkal dan azimat. Tangkal dan azimat merupakan kepercayaan orang dahulu sebagai pedinding kepada diri. Amalan ini berterusan sehingga kini apabila tangkal dan azimat boleh dijadikan lebih daripada pedinding seperti azimat menarik minat pelanggan untuk makan atau beli di kedai tersebut. Ini sama sekali telah melanggar syariah islam dan boleh membuatkan seseorang jatuh syirik dan murtad. Pelbagai lagi amalan animise yang nyata bertentangan dengan ajaran islam. 

Oleh itu, sebagai rakyat yang membawa generasi akan datang kita seharusnya menerapkan ilmu agama islam kepada masyarakat akan datang agar mereka tidak tersesat dalam mempercayai amalan animism yang telah diterap masyarakat dahulu

Share:

0 comments:

Post a Comment