Wednesday, 17 February 2021
PENGENALAN ANIMISME (AIN ATHIRAH)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pengenalan Animisme
Pelbagai perubahan dari segi budaya,agama dan adat tradisi telah terjadi bermulanya Peradaban Melayu pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun selepas Masihi hinggalah ke hari ini. Terlahirnya suatu ketamadunan yang seiring dengan bangsa yang lain yang dapat kita nikmati dalam arus kemodenan ini . Satu budaya dan satu tradidisi masyarakat Melayu tidak akan dapat diresapi dengan pelbagai adat dan budaya luar jika perubahan tidak berlaku. Faktor agama, budaya mahupun kepercayaan mempengaruhi sedikit sebanyak resapan ini.
Kepercayaan animisme ini merupakan satu pegangan dalam tamadun awal, bukan sahaja tamadun Melayu malahan tamadun awal manusia sebelum datangnya agama Islam yang merubah corak kehidupan masyarakat Melayu dengan lebih sempurna. Satu kepercayaan berkonsepkan ‘semangat’ atau pun roh yang terkandung di atas muka bumi ini sering dikaitkan antara alam semesta di dalam kehidupan manusia ketika itu. Pada ketika itu juga , semua manusia perlu menghormati segala fenomena alam seperti hujan, angin, rimba dan juga lautan. Ianya adalah bertujuan untuk keselamatan dan ingin memohon sesuatu yang dihajatinya.
Terdapat beberapa fasa perubahan bermula dengan kepercayaan Animisme, Hindu dan Islam yang dilalui oleh kepercayaan masyarakat Melayu menurut Mohd Taib Osman (1988). Oleh yang demikian, kepercayaan masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lima bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rasul, kepercayaan kepada ayat-ayat Al-Quran, kepercayaan kepada sihir, kepercayaan kepada kuasa luar biasa, haiwan dan benda-benda yang dianggap keramat dan kepercayaan kepada semangat, penunggu dan kuasa luar biasa seperti jin, syaitan dan seangkatan dengannya. Namun, apabila hadirnya agama Islam ini dalam alam Melayu, identiti masyarakat Melayu tercorak seterusnya menyentuh adat serta budaya orang Melayu. Tertulis juga bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu bahawa agama Islam adalah agama yang dianuti oleeh orang Melayu. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak unsur animisme ini telah mempengaruhi adat kehidupan orang Melayu Islam baik dari segi kepercayaan, tingkah laku dan juga pertuturan.
Oleh itu, topik kajian ini kami akan membincangkan objektif seperti berikut:
a) Membincangkan definisi kepercayaan animisme.
b) Membincangkan kepercayaan amalan animisme yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam.
c) Membincangkan faktor masyarakat Islam yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
d) Menghuraikan kesan amalan kepercayaan animisme
DEFINISI ANIMISME (MYRE DHANIA HANNAH)
Animisme ini dapat didefinisikan menurut ahli antropologi bahawa perkataan animism berasal daripada perkataan ‘animaus’ atau ‘anima’ dalam bahasa Latin yang bermaksud jiwa, roh atau kehidupan. (Edward Burnett Tylor, 1871). Manakala menurut istilah pula, animisme bermaksud merujuk kepada kepercayaan manusia purba atau primitif. (Graham Harvey, 2006). Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian. Hal ini dapat dibuktikan kerana, asas kepercayaan manusia primitif pada masa itu adalah percaya kepada roh dan makhluk halus. Kesannya, mereka yang mempercayai kepercayaan ini akan sentiasa menghormati entiti tersebut agar semangat itu tidak akan mengganggu manusia, malah akan membantu mereka menjauhkan diri mereka dari semangat dan roh jahat serta juga dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, pada menurut terminologi pula, animisme adalah kepercayaan bahawa setiap sesuatu yang wujud di muka bumi ini seperti batu, kayu, angin dan lain-lain mempunyai jiwa atau roh. (Kamus Dewan, 2005). Oleh yang demikian, golongan ini yang mempercayai animisme idikenali sebagai “animis”. (Irving Hexham, 2002).
KEPERCAYAAN DAN AMALAN ANIMISME YANG MASIH DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM (MUHAMMAD SYAHMI)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kepercayaan animism merupakan satu kepercayaan yang salah disisi agama islam, namun terdapat juga segelintir masyarakat islam yang mengamalkan perkara perkara yang berunsur kait dengan perbuatan dan amalan animism. Animism merujuk kepada amalan animistic atau politestik yang masih diamalan sejumlah besar masyarakat islam Malaysia. Amalan ini diamal secara sengaja atau tidak sengaja seperti pantang larang, adat resam dan sebagainya.
Selain darpada itu, kepercayaan ini juga menpengaruhi minda sesorang tentang perubatan tradisional. Ianya terjadi apabila seseorang meletakkan kepercayaan kepada seseorang bahawa orang tersebut dapat menyembuhkan penyakit dan bukan tuhan. Kepercayaan seperti ini amat jelas apabila terdapat pelbagai jenis dukun dan pawing yang dipercayai dapat menyembuhkan segala penyakit menggunakan kaedah tradisional. Selain itu, segelintir rakyat Malaysia jugak mempercayai bahawa terdapat semangat terhadap sesuatu objek atauoun peninggalan orang dahulu. Kepercayaan ini terdapat banyak dalam masyarakat yang sedang menuntut ilmu pertahanam diri atau pun ilmu lain. Kepercayaan seperti bertapa di kubur dan memuja objek peninggalan masyarakat dahulu dapat memberikan semangat baru terhadap individu yang berniat menuntut ilmu. Amalan seperti ini sering diamalkan oleh orang asli yang tidak tahu tentang agama islam dengan lebih mendalam.
Seterusnya pantang larang. Kita dibesarkan dengan pelbagai pantang larang yang diamalkan masyarakat Malaysia. Ianya seperti pantang larang orang hamil, bersalin dan berkhatan. Pantang larang ini sekadar dijadikan batas untuk seseuatu perbuatan dan ianya disalah adaptasi oleh gologan yang mempercayai pantang larang ini sepenuhnya. Antara pantang larang yang biasa didengar ialah budak yang baru lepas berkhatan boleh terkena bentan jika keluar pada waktu megrib. Ia sebenarnya merujuk kepada arahan kepada kanak kanak yang baru berkhatan untuk tidak pulang lewat ke rumah.
Akhir sekali, tangkal dan azimat. Tangkal dan azimat merupakan kepercayaan orang dahulu sebagai pedinding kepada diri. Amalan ini berterusan sehingga kini apabila tangkal dan azimat boleh dijadikan lebih daripada pedinding seperti azimat menarik minat pelanggan untuk makan atau beli di kedai tersebut. Ini sama sekali telah melanggar syariah islam dan boleh membuatkan seseorang jatuh syirik dan murtad. Pelbagai lagi amalan animise yang nyata bertentangan dengan ajaran islam.
Oleh itu, sebagai rakyat yang membawa generasi akan datang kita seharusnya menerapkan ilmu agama islam kepada masyarakat akan datang agar mereka tidak tersesat dalam mempercayai amalan animism yang telah diterap masyarakat dahulu
FAKTOR MASYARAKAT ISLAM YANG MASIH MENGAMALKAN KEPERCAYAAN ANIMISME (NUR HUSNA & MUHAMMAD RAQIM)
FAKTOR ADAT
Dari pandangan sudut etimologi, perkataan adat berasal daripada bahasa Arab Ial-’adah yang memberi maksud perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan yang tetap dan diamalkan oleh orang ramai.
Menurut Ahmad Zaki Engku Alwi pada tahun 2007, dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, kebiasaan yang diamalkan oleh orang Melayu akhirnya telah berkembang menjadi adat. Di samping itu, proses mencipta adat dalam masyarakat Melayu berkaitan pula dengan tanggapan dan pemikiran orang Melayu. Daripada tanggapan dan pemikiran itu, lahirlah adat yang dikaitkan pula dengan kepercayaan di sebalik peraturan adat itu. Peraturan adat ini menggambarkan ajaran dan amalan yang ditanggapi oleh anggota-anggota masyarakat yang sederhana berkenaan tentang manusia dan dunia.
Dalam masyarakat Melayu, adat mempunyai pelbagai makna. Disebabkan itu, pengkaji mentafrifkan adat kepada empat aspek iaitu Adat yang sebenar-benarnya adalah hukum tabii yang dicipta oleh Allah seperti adat ayam berkokok, adat api membakar, adat air membasah dan sebagainya.Selain itu,adat yang diadatkan pula lebih dikenali sebagai hukum adat. Ia adalah peraturan hidup yang diwujudkan oleh nenek moyang dahulu bagi memastikan wujudnya keharmonian dalam konteks hidup bermasyarakat. Disamping menghapuskan konflik antara ahli-ahli masyarakat yang berbeza status.Seterusnya,tujuan hukum adat juga adalah membentuk perilaku atau pun peradaban yang sama dan hukum adat juga adalah pemangkin norma dan nilai masyarakat.
Adat istiadat adalah ritual-ritual atau upacara yang sering dilakukan bagi mengiringi majlis yang dianggap rasmi. Kehidupan orang Melayu penuh dengan adat isitadat. Setiap lingkaran hidup mereka diwarnai oleh adat istiadat. Contohnya adat istiadat menjejak kaki di tanah, potong jambul, berkhatan, berkahwin dan sebagainya.
Adat yang teradat adalah peraturan-peraturan yang diputuskan oleh pemimpi-pemimpin di dalam sesebuah negeri. Ia dilakukan melalui mesyuarat dan muafakat bagi melaksanakan hukum adat yang dibuat oleh nenek moyang. Contohnya, larangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin.
FAKTOR PENGARUH HINDU
Kedatangan pengaruh agama Hindu telah menjadikan kepercayaan ini lebih umum dalam kepercayaan karut dan takhayul, seperti mempercayai kekuatan tuhan dewa. Melalui adanya kepercayaan ini, beberapa bidang juga memiliki pertapa, dan dikatakan bahawa pertapa adalah ikatan antara mereka dan para dewa. Selain itu, pengaruh agama Hindu juga menghasilkan ritual pemujaan seperti menari perut dan berjongkok dan sebagainya.
Khususnya, berinai masih menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Adat ini adalah adat yang berasal dari tamadun India. Ia terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu inai kecil, inai dicuri dan inai besar. Pada masa yang sama, ketika perkahwinan berlangsung, pengantin perempuan akan memakai inai merah di semua jari, jari kaki dan telapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai kuku, jari manis dan jari hantu di satu tangan. Corak lukisan inai pasti dipengaruhi oleh tema Hindu.
KURANG PENGETAHUAN AGAMA
Kekurangan pengetahuan agama adalah alasan utama untuk masih mengamalkan tingkah laku misteri atau syirik. Dalam Islam, tingkah laku misteri adalah larangan kerana melanggar kepercayaan agama. Kelemahan pengetahuan agama adalah sebab mengapa seseorang mudah belajar dan mempraktikkan pengetahuan misteri, dan pengetahuan misteri jelas dilarang oleh agama dan adat tradisional yang menyimpang dari undang-undang Islam. Sebilangan orang mempraktikkan pengetahuan mistik untuk keperluan mereka sendiri. Khususnya, amalan ini sering digunakan untuk memberi manfaat kepada dunia, walaupun individu mesti melakukan sesuatu untuk menyamarkan kepercayaan mereka.
Selain itu, menurut Jahid Sidek, pada tahun 2004, beberapa dukun mengambil pelbagai langkah untuk mewarnai dan mewarnai kaedah menghujat agar Islam muncul di permukaan. Sebaliknya, doa atau ayat-ayat Al-Quran penuh dengan sumpahan atau kutukan. Terutama apabila nama-nama Dua kalimah syahadah dan Allah digunakan sebagai ganti guru betra dll. Kadang-kadang pantang larang disesuaikan dengan kehendak undang-undang Islam. Khususnya, anda harus selalu bersedekah, jangan minum alkohol atau berzina. Kata-kata ahli silap mata itu sendiri biasanya sesuai dengan kehendak atau idea kepercayaan Islam. Secara khusus, dikatakan bahawa usaha perubatannya adalah kerana usaha dan kekuatannya hanya boleh bergantung kepada Allah S.W.T.
KESAN AMALAN KEPERCAYAAN ANIMISME TERHDAP AKIDAH DAN KESIMPULAN ANIMISME (KHALID IKHWAN , MYRE DHANIA & AIN ATHIRAH)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Seperti orang buta”, itulah keadaan orang yang terpesong akidahnya. Dia tidak mengetahui hikmah ,rahsia dan tujuan dia dijadikan. Allah S.W.T menyerupakan mereka ini seperti haiwan.
“Dan orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”.
Surah Muhammad:12)
Oleh sebab kejatuhan akidah,ia akan memberi kesan kepada ketidaksempurnaan segala amalnya. Segala dosa dan amalan terkutuk akan terbongkar. Ketika itu Allah S.W.T akan menurunkan azab-Nya Menurut Abdullah Yassin 2012, seseorang yang terpesong akidahnya, keadaannya seperti orang buta. Dia tidak tahu tujuan dia dijadikan Dia tidak mengetahui hikmah atau rahsia di sebalik kewujudannya di bumi ini. Allah S.W.T menyamakan mereka ini seperti binatang..
TERJERUMUS KEPADA PERKARA SYIRIK
Maksud syirik ialah mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa dari Allah S.W.T. Syirik merupakan perkara yang terkutuk dan keji yang paling dibenci oleh Allah S.W.T. Allah berfirman yang bermaksud “bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepada-Nya dan akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain daripada dosa syirik .Barang siapa yang memepersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.Perbuatan ini akan menimbulkan kemurkaan Allah seterusnya ditempatkan kekal di dalam neraka. Menurut Perbuatan syirik ini akan mengakibatkan kehinaan yang paling tinggi kepada manusia, akan menyuburkan lagi perkara khurafat, merupakan satu perkara kezaliman yang amat besar, menimbulkan rasa takut selain dari Allah, menyebabkan keburukan dalam kehidupan manusia dan mengakibatkan seseorang masuk ke dalam neraka. Firman Allah S.W.T
لَقَدۡ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمۡۖ إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ ٧٢
Maksudnya : Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
KESIMPULAN ANIMISME
Secara kesimpulannya, kepercayaan animisme ini telah lama wujud di peradaban Melayu. Kepercayaan animisme ini telah bermula pada tahun 2,500 S.M dan 1,500 tahun selepas Masihi apabila pelbagai perubahan dari segi kebudayaan, adat dan agama telah mengalami transformasinya hingga ke hari ini. Sebelum kedatangan agama Islam ke peradaban Melayu yang telah merubah corak kehidupan masyarakat Melayu dengan lebih sempurna, kepercayaan animisme telah menjadi suatu pegangan dalam tamadun awal, bukan sahaja tamadun Melayu malahan tamadun awal manusia di seluruh dunia. Tambahan pula, animisme ini dapat didefinisikan menurut ahli antropologi bahawa perkataan animism berasal daripada perkataan ‘animaus’ atau ‘anima’ dalam bahasa Latin yang bermaksud jiwa, roh atau kehidupan. Dari segi istilah pula, kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Selain itu, kepercayaan dan amalan animisme ini terdapat juga masyarakat Melayu yang masih mengamalkan amalan ini. Misalnya, pengaruh kepercayaan animisme ini telah mempengaruhi perubatan tradisional yang berteraskan kepercayaan animisme. Perlaksanaannya dilakukan dengan memuji dan memuja roh dengan jampi serapah serta mentera untuk mengubati penyakit yang dihinggapi oleh manusia. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui beberapa factor membuatkan masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan animisme. Amalan pegangan agama animism ini akan memberikan kesan negatif terhadap akidah dan pemikiran masyarakat Melayu Islam.